Tuesday, October 9, 2012

SF BEAUTY SOAP VITAMIN C & VITAMIN E



1)SABUN VITAMIN C-RM 44.90 FREE POSTAGE
2)SABUN VITAMIN E-RM44.90 FREE POSTAGE

Sabun pembersih Sf Beauty adalah 'asas' yang tidak boleh diabaikan dalam penjagaan harian, membantu anda memiliki wajah bersih dan sihat secara semulajadi.


Sabun pembersih wajah Sf Beauty dirumus dari ekstrak buah dan rempah ratus tempatan terpilih, diperkaya dengan Vitamin C dan E untuk memelihara kelembutan dan kelembapan kulit secara alami. Didatangkan dengan 2 pilihan untuk pengguna, bersesuaian dengan masalah dan jenis kulit yang mereka miliki. Ia mengandungi asid glycolic (terhasil dari buah-buahan), yang berperanan mengangkat sel2 kulit mati secara lembut, dan memberi kesan penggelupasan yang sangat minimum serta menghalang pertumbuhan jerawat.

Sabun pembersih Sf Beauty berumusan Vitamin E (tocopherol acetate) bersifat antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan yang berpunca akibat sinar UV serta pencemaran. Ia mengaktifkan metabolisma bagi merangsang pertumbuhan kulit baru yang lebih segar dan sihat, membantu sel2 kulit mendapat lebih oksigen dan kekal lembab. Hasilnya kulit lebih licin berseri, cerah serta melambatkan proses penuaan pramatang seperi kedutan halus dan jeragat.

Manakala Vitamin C (asid askorbik) dalam sabun pembersih Sf Beauty membantu mereka yang bermasalah jerawat dengan mengawal pembiakan bakteria penyebab jerawat, mempercepatkan kesembuhan luka, merawat parut serta menguatkan tisu kulit wajah. Vitamin C amat diperlukan dalam proses pembentukan kolagen, iaitu jalinan protein terpenting yang berperanan membentuk lapisan kulit sihat, kuat dan anjal. Selain itu, Vitamin C juga berupaya mengawal pengeluaran sebum berlebihan yang menyebabkan kulit sangat berminyak, yang boleh menutup pori2 kulit dan menyebabkan bintik putih dan hitam di wajah. Dengan amalan berterusan, kulit tampil lebih licin, halus dan berseri.
 

No comments: