Sunday, February 17, 2013

CARA TIMBANG BERAT DENGAN BETUL!!!

CARA TIMBANG BERAT DENGAN BETUL?

1. Timbang berat dengan penimbang yang sama. Jangan sekejap pergi Giant timbang dekat Giant, pergi Tesco timbang dekat Tesco. Mesin dekat Giant & Tesco tu ramai orang yang naik so kita tak tahu ralat nya..

2. Berat yang paling TEPAT adalah waktu pagi selepas bangun tidur iaitu selepas keluar dari tandas. So timbanglah selepas bangun tidur (selepas 'melepas' pada waktu pagi)..

3. Timbang secara rutin dan berkala. Contohnya, hari isnin 7.00 pagi sebelum sarapan anda timbang dan isnin minggu hadapan anda timbang pada pukul 7.00pagi, juga sebelum sarapan. Sebenarnya, itulah berat sebenar anda.

4. Jangan timbang selepas makan atau minum kerana berat akan naik 1 – 2kg.

5. Jangan timbang waktu period kerana waktu period badan kita akan menyimpan air lebih banyak dari biasa so kita lebih berat dari normal. Seminggu lepas period baru boleh timbang berat coz badan dah normal semula dah.
6. Jangan timbang setiap hari kerana kita tidak boleh melihat perubahan penurunan berat badan kita. Nanti jadi stress pulak..

Selamat Mencuba....



~KOLEKSI PRINCESS~

No comments: